26 May 2010

Orang ramai sekarang ini sudah rosak !!!

Daripada Abu Hurairah r. a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya:

"Jika ada seseorang berkata:
"Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." H. R. Muslim 

Penerangan Hadis: Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut:

"Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri ('ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM".

"Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya".

Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa 'ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain.

Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap ugama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.

Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku, namun jangan sampai menganggap diri kita 'perfect' dan orang lain tidak setanding dengan kita.

Mudah-mudahan ALLAH swt. dengan limpah kurnia Nya memberikan kepada kita rahmat, taufiq dan hidayah. AMIN

Riwayat: Muslim

25 May 2010

KaWaD OH KaWaD

LATIHAN INTENSIF BAKAL KOMANDER SIRI 39 2009

KENANGAN TAMAT LATIHAN LIBK 2009

Kawad oh kawad..sejak kebelakangan ni aku asyik memikirkan tentang kawad jer..tiap2 hari pkey pasal kawad..mgkin sbb hari pertandingan kawad formasi antara UITM dah dekat kowt..sangat2 la aku x tau ape yang akan jadi dengan pertandingan ni nanti..Dalam jiwe mmg kemenangan diharapkan namun aku tidak meletakkan kemenangan sebagai target utama kerana bagi ku usaha utk mendapat kejayaan dalam pertandingan tu lagi penting.Klau pergi bertanding tanpa latihan yang keras dan mencukupi dan kalah adalah keputusannya,maka tidak berguna berstatuskan komander.tapi kalau usehe gigih untuk menempuh pertandingan itu dan akhirnya tewas,maka apa yang mereka akan berkata??ku tidak hiraukan ape org nak kate lagi kerana andai kata gagal,usaha dan latihan sepanjang tempoh latihan ini sekurang2nya membentuk kembali kemahiran serta kredibiliti dan daya tahan seseorg komander tu.andai kate kami tidak berusaha bsunguh-sungguh dan kami peroleh kejayaan,hindarilah kami dengan kata2 angkuh dan takbur spt" kurang latihan pun leh menang"..tapi misi ku adalah kuatkan usaha dan cube hampiri kejayaan ..aku juga berharap mendapat sokongan dan komitmen dari smua komander2 ku.Kerana kita telah lama tidak membawa kegemilangan kepada KOMANDER kita..Selepas kali terakhir mendapat tempat ke-2 dalam perbarisan hari kebangsaan pada 2005 yang diketuai CIK HASHIR & CIK DAUD,Kita tros kehilangan Makanan penting kita.Berkat usaha keras Jambori tahunan di MELAKA,kita meraih tempat ketiga dalam kawad kaki dari 15 pasukan yang menyertai pertandigan pada masa itu .baru-baru ini sempena Maulidur rassul alhamdullilah kita berjaya sekali lagi merangkul 3 anugerah besar dalam perbarisan tersebut tmasuk JOHAN KESELURUHAN.dan kali ini KAWAD FORMASI??apa kesudahannya...nantikan kupasannya di episod akan datang ....